Assalamualaikum

Ana seorang yang bekerja, jadi ana tak dapat nak mengangkat telefon bila anda telefon, jadi boleh email atau sms dan akan dibalas apabila tidak sibuk nanti.

Email : rohaa_kkm@yahoo.com



Sekian terima kasih.

RESEPI

Home made jeruk mangga

Jeruk Mangga
-10 biji mangga dipotong dan direndam dalam air garam sekurang2nya 5 jam
-3 cawan gula + 3 cawan air (jadikan sirap)

Cara-cara
-Mangga yang direndam dalam air garam semalam ditoskan airnya
-kemudian masukkan mangga tadi dalam air sirap yang dah sejuk
-Siap esoknya boleh lah makan

Home Made Sos Cili

 Home Made Sos cili enak dimakan dengan tahu sumbat
atau apa2 aje yang sesuai

Bahan-Bahan
Setengah kilo cili merah
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah (bawang kecik)
1 sudu gula atau secukup rasa
1 cawan air
sedikit tepung jagung (untuk pekatkan sos, tak nak bubuh pun ok jugak)
sedikit garam

Cara-cara
- Blender kesemua bahan kecuali tepung jagung, gula n garam.
- masukkan bahan-bahan yang diblend tadi kedalam periuk
- kacau sehingga masak, bubuh garam, gula n tepung jagung
- siap.





Tempoyak Daun Kayu

Bahan-Bahan:

3 btg serai
2 ikat pucuk ubi
4 helai daun kunyit
1 ikat pucuk labu (untuk pekatkan dia)
2 papan petai-diambil bijinya (tak nak pun tak pe)
1 genggam ikan bilis (goreng)
1/2 cawan tempoyak (lebih pun boleh)
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar [hiris]
garam secukup rasa

Bahan Mesin
1 inci kunyit hidup
20 biji cili api

Cara:
~ Semua sayuran dipotong/mayang halus.
~ Masukkan semua bahan termasuk ikan bilis, petai & santan ke dalam periuk.
~ Masukkan tempoyak.
~ Masak sehingga pekat dan bubuh garam
~ Siap


Puding Sagu Gula Melaka

1 cawan sagu
1/2 cawan gula
2 cawan air


Sirap gula merah
Pati santan + garam


Cara-cara
1.Campur sagu, gula dan 2 cawan air hingga masak.
2.Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
3.Keluarkan dari acuan. Tuang sirap gula merah dan pati santan.
4.boleh makan.



Kek Marble (Resepi Chef Hanieliza)

bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam


bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
sedikit pewarna merah
80 ml susu segar/fresh milk


Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian letak pewarna merah. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.


Mee goreng
setengah kampit mee kuning
7 ekor udang sederhana besar
Sedikit sayur sawi
1 batang fish kek
7 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
5 ulas cili kering
2 ulas bawang puting
1 biji bawang besar

Cara-cara
- Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak
- masukkan udang tumis lagi hingga udang empuk
- masukkan sos tiram
- masukkan sawi sehingga masak
- masukkan kicap manis (kalau tak berapa manis/ masin boleh taruk lagi)
- masukkan mee goreng sehingga masak.
- setelah itu boleh dihidang, sesuai untuk makan tengahari, petang/ malam


Ayam Kicap Lada Hitam

Setengah ekor ayam dipotong
2 sudu serbuk lada hitam (ikut suka nak pedas tambah lagi)
1 sudu kicap tiram
kicap manis ikut suka (tak perlu bubuh garam coz kicap ni dah masin)
1 biji bawang merah dihiris
5 ulas cili padi boleh hiris kalau tak hiris pun tak pe
sedikit air

bahan kisar
3 Ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 ulas cili padi

Cara-caranya

- Goreng ayam setengah masak setelah itu angkat
- Tumis bahan kisar  dan lada hitam sehingga naik bau
- masukkan sos tiram
- masukkan air
- masukkan ayam masak sehingga masak
- masukkan kicap, bawang yang dihiris serta cili padi
- Siap untuk dihidang


Jemput-jemput pisang
3 biji pisang kapas dilenyek bersama-sama serbuk penaik
1 cawan tepung gandum
sedikit garam

Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan kemudia biarkan selama 5 - 10 minit
- Goreng sehingga masak
- boleh dihidang


Sup Brokoli
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 cawan air
garam secukup rasa
brokoli
suhun
Tahu kering direndam

- Tumbuk bawang putih dan bawang besar kemudian tumis sehingga wangi
- masukkan air dan garam biar sehingga mengelegak
- Masukkan tahu kering dan brokoli serta suhun
- perasakan dengan garam
- Siap untuk dihidang